Selasa, 24 Jun 2008

Kek Cawan Vanilla


Bahan-bahan ( 35 biji ) 
150 g mentega 
 185 g tepung naik sendiri 
 150 gram gula kastor 
 1/2 sudu teh soda bikarbonat
 3 biji telur
 1 sudu teh vanilla 
 Untuk ising:
 100 g mentega 
 200 g gula ising 
 2 sudu teh air panas 
 1 sudu teh esen vanilla
 chocolate rice utk tabur
  Cara-cara 
1.Pukul butter dan gula hingga kembang 
 2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla 
 3.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati 
 4.Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh 
 5.Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C 
 6.Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim 
 7.Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice

Jumaat, 20 Jun 2008

AlatPenjimatan.Com

Jumaat, 13 Jun 2008

Petua Orang Berjaya:

Petua Orang Berjaya: Saudara Bukan Gagal, Tetapi Belum Berjaya... " Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang menang tidak akan berhenti". Ada pepatah Inggeris menyebut yang bermaksud, "Apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan." Ini bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam surah al-Insyirah, dimana Allah menyebut, "Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan." Dalam pengurusan kerja dan masa pun begitu juga. Mungkin saudara berasa bahawa saudara adalah jenis orang yang gemar menangguhkan masa, dan tidak mungkin saudara boleh berubah. Nanti dulu!!...Jangan fikir saudara seorang yang gagal, kerana ia akan hanya memudaratkan diri saudara. "Orang yang berhenti tidak akan menang, dan orang yang menang tidak akan berhenti." Oleh itu jangan berhenti sekarang, jadilah orang yang berjaya!! Petikan kata-kata: Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

Rabu, 11 Jun 2008