Hutan Lipur Lata Belatan terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.
Terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih.






