

Tasik kenyir merupakan empangan buatan manusia yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik. Ia mempunyai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar dan kawasan daratan seluas 171,199 hektar. Tasik Kenyir terletak di kawasan barat Daerah Hulu Terengganu iaitu 55 km. dari bandar Kuala Terengganu.
Kawasan Tasik Kenyir mempunyai 340 buah pulau kecil dan besar yang asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air. Keindahan ini lebih memukau dengan terdapatnya 14 air terjun di sekitar kawasan tasik yang sesuai untuk riadah keluarga, bermandi-manda dan berkelah di hujung minggu. Di antara air terjun yang popular ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tambat dan Air Terjun Pertam.
asik Kenyir sangat popular bagi pencipta alam, para pemancing dan juga jugugambar. Berbagai spesis ikan air tawar yang mahal harganya banyak terdapat dalam tasik ini. Di antaranya seperti Toman, Sebarau, Kaloi, Kelah, Lampam, Kelisa dan Kalui. Kawasan memancing yang popular ialah seperti di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan LebanTerengganu. Para pengunjung tidak perlu khuatir tentang penginapan di sini. Kemudahan tempat penginapan seperti rumah bot, calet terapong dan resort banyak terdapat di sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan