Ahad, 28 September 2014

PAI AYAM

Bahan-bahannya:

Untuk doh:

150gm mentega
280gm tepung gandum halus
1 biji kuning telur (dipukul)
Sedikit garam
Sedikit gula
Untuk inti:

1 biji kentang (dipotong dadu)
100gm isi ayam (dipotong dadu)
½ biji bawang besar (ditumbuk halus)
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Untuk sapuan:

1 biji kuning telur
Cara membuatnya:

Untuk inti:

Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan isi ayam dan kacau.

Selepas itu, masukkan pula kentang dan kacau lagi.

Apabila kentang empuk, masukkan pula garam, gula dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga kesemuanya mesra.

Setelah semua bahan masak, padamkan api dan sejukkan sebentar.

Untuk doh:

Mula-mula campurkan tepung dengan gula dan gaul sehingga rata.

Kemudian, masukkan pula mentega, kuning telur, garam dan gula. Gaul kesemuanya dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat.
Selepas itu, canai doh sehingga menjadi lebih kurang setebal 0.5sm.
Potong doh mengikut saiz acuan pai (mangkuk pai aluminium) dan letakkannya ke dalam acuan.

Kemaskan bahagian tepi doh.

Letakkan pula inti pai dan tutup ataskan dengan sekeping lagi doh.

Tekan bahagian tepi pai dengan garpu agar kedua-dua kepingan doh bercantum.

Akhir sekali sapukan kuning telur pada permukaan atas pai dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180°C.

Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: