Jumaat, 22 Februari 2008
Swiss Roll Oren Bercoklat
Bahan A:
10 kuning telur
6 biji telur
160 gm gula aising
1 sudu besar pes oren
Sedikit ovalete
Bahan B:
80 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
20 gm susu tepung
20 tepung kastard
1/2 sudu kecil serbuk penaik
Bahan C:
240 gm minyak jagung
Bahan krim:
200 gm creamwell
200 gm mentega
200 gm gula aising (diayak)
Putar semuanya hingga gebu
Cara membuatnya:
1. Putar bahan A hingga gebu
2. Kacau kesemua bahan B hingga sebati kemudian masukkan kedalam bahan A.
3. Masukkan minyak jagung, kacau secara kuap balik.
4. Tuang kedalam loyang lebar.
5. Bakar hingga masak.
6. Setelah sejuk, sapukan bahan krim diatasnya.
7. Gulung kek secara kemas.
8. Hias dengan krim coklat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan