Khamis, 29 Mei 2014

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah 

Bahan2
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
½ sudu kecil aji (optional)

setangkai daun kari
Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus

Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit)
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji

Cara2 menyediakan.
1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos. (kulit ayam memang ku buang tiap kali memasak.. terpulang anda nak buat atau tak).

2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering. Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat. Cara nak kisar tu.. tekan on & off dengan kadar yg sekejap je. Jangan biarkan on lama sangat baru nak off sebab kadang2 bahan2 dalam tu tak dapat turun & berputar sangat. So bila kita off tu.. sekali sekala kita keluarkan dari 'ibu blender' tu.. dan kita goncang2kan isi dalamnya (nak kena wat demo ni baru org faham.. hehe) supaya bahan2 dalam tu bercampur & dpt berpusing & hancur dengan elok. So lakukan beberapa kali macam tu ye. Kadang2 MaDiHaA buka dulu blender tu dan keluarkan bahan yang dah lumat bahagian bawah gunakan sudu & sambung kisar lagi baki yang belum lumat kat bahagian atas tu.
Alternatif lain kalau tak pandai nak guna pengisar kering untuk blend bawang.. boleh juga guna pengisar basah tapi jangan guna air terlalu byk sbb bahan perap ni lebih elok kita tak campur air sebab air yang keluar dari bawang pun dah memadai.

3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati. Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.

4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. (kalau boleh tos dalam penapis lain ye). Sauk kesemua serdak sehingga habis dengan mengorek2 atau mengarih2 sikit dasar kuali.

5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak. (Yang dalam gambar tu hanya sebahagian je serdaknya.. ada lagi dalam mangkuk kecik lain.. hehe..)

6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan. Ayam Goreng Berempah Wangi & Berserdak ini sedap dihidang bersama nasi lemak, nasi putih atau nasi berperisa yang lain. Memang besttt! 

Tiada ulasan: