Khamis, 12 Jun 2014
ROTI NAN
Bahan-Bahan:
1 KG.TEPUNG GANDUM
650 AIR SUAM
10 GM YIS KERING
1 SUDU TEH PELEMBUT ROTI
10 GM MINYAK SAWIT
1 SUDU TEH GARAM
3 SUDU SUP GULA PASIR
1 SUDU SUP MAYONIS
Cara:
CAMPUR SEMUA BAHAN DAN ULI HINGGA SEBATI
SETELAH HALUS TUNGGU HINGGA KEMBAMG.BULAT BULATKAN ANGGARAN 100 GM.
LEPERKAN KEMUDIAN BAKAR ATAS KUALI LEPER TUTUP SEMASA MASAK ANGKAT SETELAH KEKUNINGAN.
Cadangan Hidangan:
BOLEH DIMAKAN BERSAMA GULAI KARI
Rabu, 11 Jun 2014
Donut Peanut Butter
CEK MEK MOLEK
Bahan-bahan :
1) 600 gram keledek (direbus dan dilecek)
2) 2 cawan tepung gandum
3) Gula (untuk inti)
4) Garam secukup rasa
5) ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara :
1) Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang
lembut.
2) Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan
gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
3) Panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng hingga kekuning kuningan dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.
KUIH KASWI
Bahan-bahan ( loyang 12 inch )
500g Tepung gandum
150g Tepung kanji
300g Gula melaka
150g Gula pasir kurangkan jika mahu less manis
2 helai daun pandan
60oz atau 1700g air
2 sudu makan warna coklat *izah gantikan dgn 1 sk browning sugar
4 sudu makan air kapur
1biji kelapa parut putih+1/2 sudu kecil garam dikukus 10minit
Cara-cara
Gula melaka,gula pasir,daun pandan dan air dimasak hingga gula hancur.Tapis dan biar sejuk.
Kemudian campur kedua tepung,air kapur dan warna,kacau rata,tapis.
Sapu minyak diloyang atau acuan.
Kukus adunan api sederhana,40-45 min loyang atau 10 minit acuan kecil.
Selasa, 10 Jun 2014
OREO CHEESE CAKE
Bahan
3 packet Cream cheese - TATURA brand gambar lembu
1 tin Susu pekat F&N
3sb Air perahan lemon
Biskut Oreo
cara
Campurkan cream cheese, susu tin, air lemon ke dalam bekas mixer. Putarkan ketiga tiga bahan tadi dengan menggunakan mixer seperti gambar dibawah dan putarkan semua itu sehingga kembang juga sebati adunannya (around 8 minutes-9 minutes). Sila rasa campuran susu/lemon semasa mixer untuk sukat masam itu yang anda mahukan atau kurangkan. Jika tak mahu masam sangat, kurangkan air lemon.
patah patahkan biskut anda tapi jangan hancur sangat. Kalau kita, Oreo sebungkus tu kita patahkan empat setiap satu dan susun cantik cantik dalam bekas hidangan.
Lepas tu, tuang semua yang telah diputarkan tadi ke dalam bekas yang berisi oreo/biskut yang telah dipatah patahkan tadi dan selepas itu, taburkan sedikit lagi oreo/biskut di atas cheese cake untuk nampak cantik.
Lastly, masukkan segala yang telah anda curahkan dalam bekas hidangan itu ke dalam freezer (top) untuk proses sejuk dan beku. Biarkan selama setengah hari/sehari untuk oreo cheese cake itu tadi menjadi keras dan sedap dimakan.
Pastikan Oreo cheese cake ini sentiasa di dalam freezer beku kalau tidak, ia akan cair. Macam ice cream jugaklah
SELAMAT MENCUBA
Isnin, 9 Jun 2014
Asam Pedas Daging/Tetel Melaka
Bahan A :Ditumis
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah (keluarkan sedikit bwg untuk ditumis)
5 biji halba
1 biji bunga lawang
3 cm halia
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
3 cm belacan
1 cm kunyit hidup/½ sudu serbuk kunyit
5 btg cili
3 sudu minyak masak
3 cm lengkuas
2 btg serai
½ kilo daging
2 cawan asam jawa
Garam
Bersihkan daging dan rebus sehingga empuk.Panaskan minyak.Cili yg telah dikisar hendaklah dicampur dgn bahan yg telah ditumbuk beserta serbuk kari.Tumis bahan A.Masukkan bahan B dan kacau hingga garing.Masukkan daun limau purut.Masukkan daging beserta air rebusannya sekali.Setelah mendidih, masukkan lengkuas dan serai.Kemudian masukkan air asam jawa.Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.
KUIH LAPIS
KUIH LAPIS
BAHAN A
250 g gula pasir
200 ml santan pekat
250 ml air + 1 sk garam
BAHAN B
150 g tepung beras
150 g tepung ubi
20 g tepung pulut
300 ml santan pekat
150 ml air
1st aising vanilla
BAHAN C
beberapa pewarna pilihan
2 helai daun pandan – disimpul
Cara
Bahan2 A dimasak dengan daun pandan hingga gula larut dan biar suam.
Bahan B disatukan dan kacau rata.
Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam loyang sebelum dipotong.
Ahad, 8 Jun 2014
puding karamel
Bahan-bahan
- Bahan B :- 1 cawan gula
- Bahan A :- 1. Susu cair 1 tin. 2. 3 biji telur 3. 1 camca tepung jagung 4. 3/4 cawan gula 5. Sedikit esen vanila 6. Secubit garam
Cara-cara
- 1. Blender semua bahan A sehingga sebati. 2. Masak bahan B sehingga keperangan atau nampak cair. 3. Masukkan bahan B ke dalam loyang. Biarkan bahan B tu memenuhi keseluruhan ruang loyang. 4. Masukkan bahan A yang telah diblender tadi di atas bahan B. 5. Kukus selama 30 minit. 6. Siap dan masukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap ketika makan.
CREAM PUFF
Bahan2
100ml air
45gm butter-suhu bilik(dipotong dadu)
60gm tepung gandum (diayak)
2bii telur
1/2 sudu gula
Cara
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil (saya guna kertas minyak) kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sebentar biar telur kuning dan putih berncampur.
Masukkan air,gula dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk pd periuk (kira macam kerakler). Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat (kacau sehingga adunan betul2 sebati taw..masa ni penat gakler tgn tu mengayuh)
Masukkan adunan ke dalam piping bag.. paipkan dalam dulang pembakar anggaran diameternya ialah 5cm
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air.(penting tau kna spray) Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.
CUSTARD CREAM
Bahan
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning
Cara
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat. (saya masak atas stove ,kacau dgn api perlahan)
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
SELAMAT MENCUBA :D
Sabtu, 7 Jun 2014
BISKUT DAHLIA
300 g mentega
160 g gula aising - akak guna 125g aje
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara
Jumaat, 6 Jun 2014
KEK BATIK
Bahan-Bahannya:-
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong
.
2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.
.
3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.
.
4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.
.
5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.
.
6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.
.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.
.
Selamat Mencuba!
Khamis, 5 Jun 2014
SALAD TELUR
10 biji telur ayam, direbus kemudian digoreng
1 ½ cawan santan pekat
3 biji bawang besar, dihiris
1 sm lengkuas, dititik
2 biji tomato, dibelah empat
2 camca sedang cili boh 2 sm halia, dihiris
2 batang serai, dititik
½ camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, halia, serai dan lengkuas. Apabila kuning masukkan cili boh, serbuk kunyit dan santan. Biar hingga mendidih baru masukkan garam dan asam gelugur. Masak hingga kuah pekat baru dimasukkan telur dan tomato. Kacau hingga rata. Angkat dan hidangkan.
Rabu, 4 Jun 2014
SOS CHEEZY WEDGES
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy
Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri cheezy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.
Selasa, 3 Jun 2014
KENTANG PUTAR
• 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus dan gebu.
4. Sambil putar jangan lupa masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya
• 5 sudu besar stok ayam
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat - untuk mendapatkan warna
• garam
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai
Isnin, 2 Jun 2014
Puding Roti Neapolitan
300ml susu putih (susu kotak)
4 keping roti putih (tak perlu buang kulit)
1 paket serbuk agar-agar (10g)
1/2 cawan gula (boleh tambah 1/4 cawan kalau nak lebih manis)
100g white chocolate - dicincang
1 sudu kecil chocolate emulco (warna & perasa)
1/2 sudu kecil strawberry paste (warna & perasa)
1 sudu kecil esen vanila
Brownies lapis cheese kukus
3/4 cawan gula
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
4 oz coklat masakan
2 oz butter
1 tbsp corn syrup / golden syrup
2 tsp esen vanila
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar ( panaskan sekejap)
Inti Cream Cheese:250 gm cream cheese
60 gm gula castor
1 biji telur gred A
25 ml air
2... Pukul gula ngan telur sehingga kembang.
3... Masukkan pula esen,corn syrup, coklat , butter cair dansusu.
4... Akhir sekali masukkan tpg ,soda ,baking powder.Gaul sebati.
2... Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap , bg dia sebati je.
selama 15 minit.
2... Masukkan pula inti dan kukus lagi sehingga 15 minit lagi.
3... Masukkan baki brownies dan kukus selama 20 minit.
Ahad, 1 Jun 2014
PETUA MENGHILANGKAN TANDA HITAM DIBAWAH MATA
PETUA MENGHILANGKAN TANDA HITAM DIBAWAH MATA
Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.
Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.
Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.
Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.
KETUPAT DAUN PALAS
Santan RM 1 -yg pati siap jual kat kedai
pastu masukkan garam...dan agak pati tu masak...jgn
terlalu kering...( nak sedap dan wangi masukkan daun pandan sekali masa masak santan
masukkan pulut dan kacau sampai santannya mengering..
Lepas tu sejukkan...
baru le kami lipat dalam daun palas...
lepas tu rebus dalam air biasa...air tu biar paras2 ketupat tu aje
rebus sampai air dia kering
isikan pulut sepenuh kon...nak tembab boh banyak2...tapi utk yg tak pro agak susah nak handle kalau gemuk bangat.
kekalkan kon di pegang dgn kanan kiri dan daun yg panjang di lipat ke
arah kiri mengunakan tangan kanan.... gambar di ambil dari depan utk cara di lipat kek kiri itu.
tarik ke bawah dan kemaskan dan gambar yg dah di kemaskan
terbalikkan dan pastikan kedudukan dan pegangan kon seperti dalam gambar....
cara nak matikan tepi dia tengok dlm gambar...nak cite kat sini tak tau
explain cara nak lipat kat bucu tu...tapi cam dalam gambar
dah siap dan lepastu bleh le punjut atas dia

















