Selasa, 10 Jun 2014

OREO CHEESE CAKE

OREO CHEESE CAKE

Bahan

3 packet Cream cheese - TATURA brand gambar lembu
1 tin Susu pekat F&N 
3sb Air perahan lemon
Biskut Oreo

cara

Campurkan cream cheese, susu tin, air lemon ke dalam bekas mixer. Putarkan ketiga tiga bahan tadi dengan menggunakan mixer seperti gambar dibawah dan putarkan semua itu sehingga kembang juga sebati adunannya (around 8 minutes-9 minutes). Sila rasa campuran susu/lemon semasa mixer untuk sukat masam itu yang anda mahukan atau kurangkan. Jika tak mahu masam sangat, kurangkan air lemon.

patah patahkan biskut anda tapi jangan hancur sangat. Kalau kita, Oreo sebungkus tu kita patahkan empat setiap satu dan susun cantik cantik dalam bekas hidangan.

Lepas tu, tuang semua yang telah diputarkan tadi ke dalam bekas yang berisi oreo/biskut yang telah dipatah patahkan tadi dan selepas itu, taburkan sedikit lagi oreo/biskut di atas cheese cake untuk nampak cantik.

Lastly, masukkan segala yang telah anda curahkan dalam bekas hidangan itu ke dalam freezer (top) untuk proses sejuk dan beku. Biarkan selama setengah hari/sehari untuk oreo cheese cake itu tadi menjadi keras dan sedap dimakan.

Pastikan Oreo cheese cake ini sentiasa di dalam freezer beku kalau tidak, ia akan cair. Macam ice cream jugaklah

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: