Jumaat, 17 Oktober 2014

Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Resepi Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Bahan A

525ml putih telur
400gm gula pasir
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder

Bahan B

250gm tepung gandum
50gm santan serbuk

Bahan C

100ml santan pekat (KARA)
1 sudu teh esen vanila / coffee
90gm mentega cair
2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D

1 sudu besar coklat emulco
1/2 sudu besar mocca emulco

Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)

Cara-cara :

1. Bahan A : Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih. Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.

2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.

3. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak. Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.

4. Panaskan pengukus dahulu. Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit. Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.

Khamis, 16 Oktober 2014

SIAKAP TIGA RASA

RESEPI SIAKAP TIGA RASA

Bahan-bahannya :
1 ekor ikan siakap
1 ulas bawang putih - ketuk/ mayang
2 ulas bawang merah - mayang
1 keping nenas - di dadu kecil
1 batang serai - di potong serong
2 biji tomato saiz sedang (+-100g sebiji)
1 sb sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sk nampla / sos ikan
50ml air
2 helai daun limau purut
3-5 biji cili padi thai di titik
1/4 biji bawang besar - dipotong kasar
Capsicum hijau - optional
Sedikit cauliflower /carrot - optional
Garam, kunyit dan perasa

Cara masaknya:
1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam dan kunyit.

2. Goreng Ikan ikut suka. Jika nak macam kat kedai boleh goreng dengan api besar. Hasilnya isi ikan akan garing di luar lembut di dalam.

3. Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan.

4. Panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi.

5. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

6. Masukkan sebiji tomato yang di potong dadu kecil.

7. Kacau dan masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan/ nampla.

8. Masukkan serai, cili padi, daun limau purut, cauliflower/carrot dan air.

9. Bila carrot/ cauliflower dah hampir masak masukkan capsicum dan bawang besar.

10. Perasakan masin, masam dan pedas (3 rasa) dan curahkan ke atas ikan tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Rabu, 15 Oktober 2014

kek Minyak Sunquick

kek Minyak Sunquick

Bhn2
5 bj telor
2 cwn tpg kek
1 sudu besar ovelet
1 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak
1/2 cwn pati sunquick
1/2 gula aising
Pewarna oren

Cara2
Pukul telor dgn gula smpai kembg pstu masukkn ovelet n susu pekat mix lg sebentar masukkn pati sunquick mix lg pastu masukkn tpg ckit2 guna senduk kaup blk dh sebati last skali masukkn minyak gaul lg. Bhgikn 2 satu warnakn oren. Acuan sapu minyak. Panaskn kukusan masukkn adunan selang seli warna siap kukus.

Selasa, 14 Oktober 2014

DAGING TUMIS PEDAS

DAGING TUMIS PEDAS

✔ 1. 1kg daging (rebus sampai empuk )
✔ 2. Bawang merah
✔ 3. Bawang putih
✔ 4. Halia
✔ 5. Setengah sudu biji ketumbar
✔ 6. Cili api
✔ 7. Kunyit hidup
(Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )

cara2nya

✔ Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,
Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati. Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu. Sedia dihidang,

selamat mencuba

Isnin, 13 Oktober 2014

Puding Oreo Lapis Milo

puding oreo lapis milo

Bahan-bahan
Satu packet agar2 putih
750ml air
140g gula ( tak suka manis)
1 tin susu cair,
2 sudu besar tepung kastard
3/4 cawan milo
1 bungkus oreo

Cara Membuatnya
Larutkan agar-agar dengan air
Masukkan gula sampai larut
Tuang susu cair sentiasa kacau
Campurkan tepung kastard, pastikan tepung kastard dibancuh dengan air, kalau tuangkan terus dalam agar2 nanti dia berketul.
Sentiasa kacau sampai pekat dan mendidih,
Perlahankan api, jangan tutup nanti berketul agar-agar
Asingkan 2 cawan agar-agar dalam periuk lain.
Masukkan milo kacau sampai rata dan asingkan juga kepada 2 bahagian
Perlahankan api, mula untuk melapis agar-agar

Cara Melapis Puding
Masukkan 1 bahagian milo ke dalam acuan
Setelah keras sedikit, masukkan agar-agar putih (susu) bersama biskut oreo yang dipatah-patahkan
Masukkan agar-agar putih dalam bekas puding dan patah-patahkan biskut oreo
Tunggu agar-agar keras sikit, masukkan lapisan milo yang terakhir
Sejukkan di dalam freezer dan esok dah boleh makan!

Khamis, 2 Oktober 2014

DURIAN CREPE


Bahan 
20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung jagung
10g tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu segar@sejat
150ml air
1 sudu teh warna kuning

Cara
1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk,sebatikan dan tapis.
2.Lengserkan kuali dengan butter.
3.Ambil sesenduk dan tuang dalam kuali,rata hingga nipis.
4.Masak dengan api kecil.
5.Masak hingga crepe mengering dan x perlu di terbalikkan.

Cara Menggulung
1.Ambil sekeping crepe.
2.Letak filling.
3.Letak isi durian.
4.Gulung crepe dengan melipat kanan dan kiri.
5.Kemudian lipat bahagian atas kebawah dan bahagian bawah keatas.

Rabu, 1 Oktober 2014

CREAM PUFF


Bahan
125g tepung gandum
2 sudu teh baking powder
100g butter
250ml air
1/2 sudu teh gula pasir
3 biji telur

Cara
1.Panaskan air,gula dan butter hingga mendidih.
2.Masukkan tepung dan baking powder kacau hingga menjadi doh,tutup api dan angkat.Biarkan sejuk.
3.Masak guna api kecil.
4.Bila dah sejuk masukkan telur 1 demi 1,putar hingga kembang@sebati.
5.Masukkan adunan dalam piping bag dan guna nozzle bentuk bintang.
6.Alas loyang dengan kertas minyak dan paipm adunan tadi dalam loyang.
7.Bakar 180'c selama 25 minit.( ikut oven msng2 )
8.Bila dah masak biarkan sejuk baru potong di bahagian tengah puff dan letak kastard.

Selasa, 30 September 2014

KEK KUKUS SUSU RINTIK




250 g butter ~ suhu bilik
1 cawan gula halus
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat
1/2 cawan air ~ ita gantikan 1/2 cawan susu segar
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
1/2 cawan manik gula berwarna ~ ita tambah
Panaskan kukusan
Sediakan loyang berukuran 9 inc
Oles loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang
dengan baking paper
Dalam bekas mangkuk mixer, pukul butter dan gula hingga
kembang dan memutih
Masukkan ovalate dan pukul lagi hingga rata.
Masukkan telur sebijik demi sebijik ~ pastikan telur telah
bergaul sempurna baru masukkan satu lagi telur
Tambahkan esen vanila dan pukul adunan hingga rata
Masukkan susu pekat manis dan terus memutar
Tutup mixer
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, kaup
balik hingga adunan bergaul sempurna.
Tuangkan manik gula dan gaul rata ~ proses ni kena buat
cepat2 supaya manik tu tak turun warnanya
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45
minit hingga 1 jam
Bila kek dah masak tunggu ia sejuk sebentar
Keluarkan dari loyang dan sedia di nikmati.

Isnin, 29 September 2014

ACAR TIMUN BEREMPAH




Bahan-bahan :
2 batang timus - buang biji dan potong jejari
1 batang lobak merah - dipotong jejari
2 biji cili merah - dipotong memanjang
2 biji cili hijau - dipotong memanjang
8 biji bawang merah _ dihiris
4 ulas bawang putih - dihira
1 in halia - dihiris
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
3 susu besar udang kering - ditumbuka halus 
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukupnya

Cara -cara :
Tumis bahan yang dihiris dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan udang kering,cilihiris, serbuk kunyit dan biji sawi. kacau rata.
Masukkan kerisik dan cuka.
Perasakn garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang. 

Selamat mencuba yea

Ahad, 28 September 2014

PAI AYAM

Bahan-bahannya:

Untuk doh:

150gm mentega
280gm tepung gandum halus
1 biji kuning telur (dipukul)
Sedikit garam
Sedikit gula
Untuk inti:

1 biji kentang (dipotong dadu)
100gm isi ayam (dipotong dadu)
½ biji bawang besar (ditumbuk halus)
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Untuk sapuan:

1 biji kuning telur
Cara membuatnya:

Untuk inti:

Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan isi ayam dan kacau.

Selepas itu, masukkan pula kentang dan kacau lagi.

Apabila kentang empuk, masukkan pula garam, gula dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga kesemuanya mesra.

Setelah semua bahan masak, padamkan api dan sejukkan sebentar.

Untuk doh:

Mula-mula campurkan tepung dengan gula dan gaul sehingga rata.

Kemudian, masukkan pula mentega, kuning telur, garam dan gula. Gaul kesemuanya dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat.
Selepas itu, canai doh sehingga menjadi lebih kurang setebal 0.5sm.
Potong doh mengikut saiz acuan pai (mangkuk pai aluminium) dan letakkannya ke dalam acuan.

Kemaskan bahagian tepi doh.

Letakkan pula inti pai dan tutup ataskan dengan sekeping lagi doh.

Tekan bahagian tepi pai dengan garpu agar kedua-dua kepingan doh bercantum.

Akhir sekali sapukan kuning telur pada permukaan atas pai dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180°C.

Sedia untuk dihidangkan.

Sabtu, 27 September 2014

Apam Pisang Kukus



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum siap diayak bersama 1 sudu teh baking powder
1 cawan pisang berangan siap dilecek bersama secubit garam dan 1/2 sudu teh soda bikarbornat
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan tepung jagung
3 biji telur gred AA
bekas acuan secukupnya

Cara:
1. Panaskan periuk pengukus. Jika takut wap air menitik ke atas apam, balutkan tutup pengukus dengan tuala yang bersih. 
2. Dalam sebuah bekas yang besih, pukul telur bersama gula menggunakan whisk hingga gula hancur.
2. Masukkan tepung dan gaul rata diikuti dengan pisang lecek.
3. Setelah adunan kelihatan sebati, masukkan pula minyak dan gaul lagi tetapi jangan terlalu lama, cukup sekadar minyak kelihatan meresap ke dalam adunan.
4. Isikan adunan apam pisang ke dalam bekas acuan yang dikehendaki. Amie gunakan bekas acuan kecil-kecil. (Kalau takut melekat, sapukan sedikit minyak pada acuan - Amie tak sapu dengan minyak - tapi kalau anda cuba buat dan melekat pula, jangan salahkan Amie tau). Kukus antara 10 -12 minit. Jika ada suka, anda boleh gunakan loyang tetapi perlu mengukus lebih lama antara 35 - 40 minit atau sehingga apam masak.
Amie tidak gunakan tuala untuk membalut tutup pengukus, dan Alhamdulillah air wap tidak menitik atas apam pisang.

Jumaat, 26 September 2014

PUDING ROTI MABLE



1 paket agar2 tali (18g )
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cwan gula pasir
1/2 cwan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu mkn Mentega
3'1/2 cwan air
Perwarna merah
Sbuk koko / cocoa emulco (nk pkai slah satu bleh...nak pkai dua2 pon bleh)
~cuci agar2...tos airnye...rebus agar2, gula pasir dgn 3 cawan air...rebus sampai agar2 lembut dan cair
~blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur...ktepikan dulu
~bila agar2 dah cair...masukan bahan2 blande tadi...gaul rata (jaga2 api ye..guna api sedang je) tunggu smpai mdidih...masukan mentega gaul smpai mentega cair...padam api
~bahagikn kepada 3 adunan
~ambil 1 adunan...bubuh pwarna merah
~ambil lagi 1...bubuh koko (klu guna serbuk koko pastikn bancuh dulu dgn 1 sudu kcil air suam...sbb xmahu ketul2 nanti)
~1 adunan lagi...biar kaler asli
~ambil loyang...bubuh 1 senduk kaler asli pastu bubuh plak kaler merah dan sterusnye kaler coklat....lapis2kan dia...buat smpai habis...proses ini perlu dlakukan dgn cepat ye...ok siap....masukan dlm peti...nyum2 hihiii

Khamis, 25 September 2014

Som tam ~ green papaya salad

Som tam ~ green papaya salad

Resepi
2, 3 biji cili api
2 ulas bawang putih
1/2 biji @ sebiji betik muda (sagat memanjang)
1/2 batang carrot (sagat memanjang)
kacang panjang (ptong dlm 3@4cm)
tomato 1 biji atau tomato ceri pun boleh
udang kering sedikit
perahan limau nipis
sos ikan (nam pla)
gula kabung (dicairkan (pekat) atau gula putih
ajinomoto (optional)
udang segar (bakar)
2 sudu kacang tanah di goreng tanpa minyak (nak tumbuk kasar pun boleh)

cara-cara
betik muda dan carrot di sagat memanjang atau diracik dan potong memanjang, kacang panjang dipotong serta tomato dipotong 6
tumbuk bawang putih dan cili api 
masukkan udang kering, perahan limau nipis, sos ikan dlm 1 sudu, gula kabung yang dicairkan dan agak pekat dlm 2 sudu, ajinomoto..serta masukkan kacang panjang tumbuk ala2 manja je, jgn smpai lumat
masukkan dlm bekas agak besar campurkan semua sekali..ejas rasanya.siap..SELAMAT MENCUBA..

Selasa, 8 Julai 2014

Tart Bunga Tulip


Tart Bunga Tulip
Bahan asas:
250g butter (ambo lebih gemo 'farmcows)
70g minyak sapi
3 cam besar gula icing
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
3 caca besar tepung kastard
3 camca besar susu tepung (ambo guna nespray)
400 g tepung gandum
Jem nanas secukupnya ( gentelkan sebesar biji kurma)
- Tepung gandum, susu dan tepung kastad - mike ayak terlebih dulu.
- Butter, minyak sapi, gula, telur dan esen vanila - mike pukul manja gitu.
- Setelah adunan di atas sebati, mike masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Setelah adunan sebati, ambil 150g dari adunan tersebut untuk mike kalerkan dengan kaler hijo
- Terap - ambo guna acuan' tart nyonya' untuk kelopak dan acuan' bunga tanjung' untuk tampuk hijo tu!
Selesai semua, bako dalam oven selama 10 - 15 minit dengan suhu 170 c
selamat mencuba dan mesti berjaya!! heheheheh!!!

Selasa, 1 Julai 2014

6 Teknik Mengukus yang Berkesan.

6 Teknik Mengukus yang Berkesan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Mengukus tidak semudah Membakar
Banyak orang menggunakan resipi yang sama tetapi tidak mendapat hasil seperti yang di harapkan.
Suhu wap atau stim tidak dapat di tentukan ia bergantung kepada kepanasan api dapur gas, jumlah air dalam kukusan dan perkakasan yang digunakan.
Kekurangan air dalam kukusan menyebabkan kuih atau kek terbantut dan tidak masak, terlalu kecil api juga menyebabkan wap tidak naik, dan jika api terlalu besar pula menyebabkan kuih mengerutu dan mengelembong.
Wap yang menitis ke permukaan kuih juga boleh merosakkan kuih. Ini adalah masalah yang selalu di alami ketika membuat kek menggunakan kaedah mengukus.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Berikut merupakan 6 TIPS mengukus yang boleh anda lakukan.
1. Gunakan pengukus yang mempunyai penutup yang tinggi supaya wap menjadi seimbang.
2. Sentiasa periksa air di dalam pengukus, sentiasa pastikan air mencecah lantai pembahagi kukusan.
3. Jika air berkurang, masukkan air panas untuk menambahkannya.
4. Balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap tidak keluar.
5. Tutup loyang adunan dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke permukaan kek.
6. Pastikan api dapur tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Khamis, 12 Jun 2014

ROTI NAN

Roti Nan

Bahan-Bahan:
1 KG.TEPUNG GANDUM 
650 AIR SUAM 
10 GM YIS KERING 
1 SUDU TEH PELEMBUT ROTI
10 GM MINYAK SAWIT
1 SUDU TEH GARAM
3 SUDU SUP GULA PASIR
1 SUDU SUP MAYONIS

Cara:
CAMPUR SEMUA BAHAN DAN ULI HINGGA SEBATI
SETELAH HALUS TUNGGU HINGGA KEMBAMG.BULAT BULATKAN ANGGARAN 100 GM.
LEPERKAN KEMUDIAN BAKAR ATAS KUALI LEPER TUTUP SEMASA MASAK ANGKAT SETELAH KEKUNINGAN.

Cadangan Hidangan:
BOLEH DIMAKAN BERSAMA GULAI KARI

Rabu, 11 Jun 2014

Donut Peanut Butter

Donut Peanut Butter
Bahan-bahan:
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g shortening
minyak masak untuk menggoreng
Peanut Butter
Cara-cara:
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter
4.Uli sehingga tak melekat ditangan
5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Terap menggunakan donut cutter
9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda.
10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
11. Peanut butter di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair.
12. celurkan peanut butter dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.

CEK MEK MOLEK

Resipi Cek Mek Molek

Bahan-­bahan : 
1) 600 gram keledek (direbus dan dilecek) 
2) 2 cawan tepung gandum 
3) Gula (untuk inti) 
4) Garam secukup rasa
5) ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :
1) Campurkan keledek dengan tepung gandum dan garam. Uli hingga jadi doh yang
lembut.
2) Ambil 2 sudu makan dan leperkannya. Masukkan gula sebagai inti dan tutup dan
gulungnya kembali. Lakukan sehingga selesai.
3) Panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng hingga kekuning­ kuningan dan angkat.

Sedia untuk dihidangkan.

KUIH KASWI

Kuih Kaswi 

Bahan-bahan ( loyang 12 inch ) 

500g Tepung gandum 
150g Tepung kanji
300g Gula melaka
150g Gula pasir kurangkan jika mahu less manis
2 helai daun pandan
60oz atau 1700g air
2 sudu makan warna coklat *izah gantikan dgn 1 sk browning sugar
4 sudu makan air kapur
1biji kelapa parut putih+1/2 sudu kecil garam dikukus 10minit

Cara-cara

Gula melaka,gula pasir,daun pandan dan air dimasak hingga gula hancur.Tapis dan biar sejuk.
Kemudian campur kedua tepung,air kapur dan warna,kacau rata,tapis.
Sapu minyak diloyang atau acuan.
Kukus adunan api sederhana,40-45 min loyang atau 10 minit acuan kecil.

Selasa, 10 Jun 2014

OREO CHEESE CAKE

OREO CHEESE CAKE

Bahan

3 packet Cream cheese - TATURA brand gambar lembu
1 tin Susu pekat F&N 
3sb Air perahan lemon
Biskut Oreo

cara

Campurkan cream cheese, susu tin, air lemon ke dalam bekas mixer. Putarkan ketiga tiga bahan tadi dengan menggunakan mixer seperti gambar dibawah dan putarkan semua itu sehingga kembang juga sebati adunannya (around 8 minutes-9 minutes). Sila rasa campuran susu/lemon semasa mixer untuk sukat masam itu yang anda mahukan atau kurangkan. Jika tak mahu masam sangat, kurangkan air lemon.

patah patahkan biskut anda tapi jangan hancur sangat. Kalau kita, Oreo sebungkus tu kita patahkan empat setiap satu dan susun cantik cantik dalam bekas hidangan.

Lepas tu, tuang semua yang telah diputarkan tadi ke dalam bekas yang berisi oreo/biskut yang telah dipatah patahkan tadi dan selepas itu, taburkan sedikit lagi oreo/biskut di atas cheese cake untuk nampak cantik.

Lastly, masukkan segala yang telah anda curahkan dalam bekas hidangan itu ke dalam freezer (top) untuk proses sejuk dan beku. Biarkan selama setengah hari/sehari untuk oreo cheese cake itu tadi menjadi keras dan sedap dimakan.

Pastikan Oreo cheese cake ini sentiasa di dalam freezer beku kalau tidak, ia akan cair. Macam ice cream jugaklah

SELAMAT MENCUBA

Isnin, 9 Jun 2014

Asam Pedas Daging/Tetel Melaka

Asam Pedas Daging/Tetel Melaka
Bahan-Bahan:
Bahan A :Ditumis
5 ulas bawang putih 
5 ulas bawang merah (keluarkan sedikit bwg untuk ditumis)
5 biji halba
1 biji bunga lawang
3 cm halia
Bahan B: Ditumbuk
¼ sudu teh jintan manis
¼ sudu teh jintan putih
3 cm belacan
1 cm kunyit hidup/½ sudu serbuk kunyit
5 btg cili
½ sudu serbuk kari
2-3 helai daun limau purut
3 sudu minyak masak
3 cm lengkuas
2 btg serai
½ kilo daging
2 cawan asam jawa
Garam
Cara:
Bersihkan daging dan rebus sehingga empuk.Panaskan minyak.Cili yg telah dikisar hendaklah dicampur dgn bahan yg telah ditumbuk beserta serbuk kari.Tumis bahan A.Masukkan bahan B dan kacau hingga garing.Masukkan daun limau purut.Masukkan daging beserta air rebusannya sekali.Setelah mendidih, masukkan lengkuas dan serai.Kemudian masukkan air asam jawa.Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa.

KUIH LAPIS


KUIH LAPIS

BAHAN A

250 g gula pasir
200 ml santan pekat 
250 ml air + 1 sk garam

BAHAN B
150 g tepung beras
150 g tepung ubi
20 g tepung pulut
300 ml santan pekat
150 ml air
1st aising vanilla

BAHAN C
beberapa pewarna pilihan
2 helai daun pandan – disimpul

Cara

Bahan2 A dimasak dengan daun pandan hingga gula larut dan biar suam.
Bahan B disatukan dan kacau rata.
Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam loyang sebelum dipotong.

Ahad, 8 Jun 2014

puding karamel

Bahan-bahan

  • Bahan B :- 1 cawan gula
  • Bahan A :- 1. Susu cair 1 tin. 2. 3 biji telur 3. 1 camca tepung jagung 4. 3/4 cawan gula 5. Sedikit esen vanila 6. Secubit garam

Cara-cara

  1. 1. Blender semua bahan A sehingga sebati. 2. Masak bahan B sehingga keperangan atau nampak cair. 3. Masukkan bahan B ke dalam loyang. Biarkan bahan B tu memenuhi keseluruhan ruang loyang. 4. Masukkan bahan A yang telah diblender tadi di atas bahan B. 5. Kukus selama 30 minit. 6. Siap dan masukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap ketika makan.

CREAM PUFF

CREAM PUFF

Bahan2

100ml air
45gm butter-suhu bilik(dipotong dadu)
60gm tepung gandum (diayak)
2bii telur
1/2 sudu gula

Cara

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil (saya guna kertas minyak) kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sebentar biar telur kuning dan putih berncampur.
Masukkan air,gula dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk pd periuk (kira macam kerakler). Kemudian padamkan api.
Masukkan telur, kacau cepat-cepat (kacau sehingga adunan betul2 sebati taw..masa ni penat gakler tgn tu mengayuh)
Masukkan adunan ke dalam piping bag.. paipkan dalam dulang pembakar anggaran diameternya ialah 5cm
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air.(penting tau kna spray) Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

CUSTARD CREAM

Bahan

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Cara

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat. (saya masak atas stove ,kacau dgn api perlahan)
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

SELAMAT MENCUBA :D

Sabtu, 7 Jun 2014

BISKUT DAHLIA


BISKUT DAHLIA
Bahan-bahan:
300 g mentega
160 g gula aising - akak guna 125g aje
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
Cara membuat:
1.Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla dan putar hingga kembang.
2.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
4.Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara